Sebab-Sebab Kenapa Akaun Uber Anda Disekat (Your Account Needs Attention)

ACCOUNT-BLOCKED

ACCOUNT-BLOCKED

Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda tidak dapat login ke dalam akaun Uber Driver anda. Terdapat satu mesej yang berbunyi: Your Account Needs Attention, Akaun Anda Telah Disekat, atau mesej dalam BI yang berbunyi Your Account Has Been Blocked. Anda sedikit cemas kerana tidak mengetahui apa puncanya akaun anda disekat dan siapa yang perlu dihubungi.

Antara sebab akaun anda tidak boleh dimasuki kerana insuran kereta anda telah tamat tarikh luput. Sila semak bila tarikh akhir insuran kenderaan anda. Jika sudah luput, segeralah perbaharui kerana Uber tegas di dalam perkara ini.

Selain itu kerana lesen memandu anda yang telah tamat tempoh. Juga seperti langkah sebelum ini, sila renew lesen memandu anda secepat mungkin.

Pemandu yang mendapat rating rendah daripada pelanggan tidak terkecuali daripada sekatan akaun. Jadi pastikan anda menjaga rating anda sebaik mungkin seperti memandu dengan selamat dan tidak berkasar dengan pelanggan. Setiap pelanggan ada sensitiviti dan ragamnya yang tersendiri. Ada yang jenis diam sahaja dan ada juga jenis banyak bercakap. Untuk pelanggan yang banyak berbual anda cubalah menjadi ramah dengan mereka. Saya sendiri sering menaiki Uber dan walaupun saya jarang memberikan rating kurang daripada 5 bintang, saya pernah memberi rating 4 bintang kepada seorang pemandu bermuka kelat yang memandu dalam keadaan tergesa-gesa. Sekurang-kurangnya lemparkan senyuman kepada pelanggan dan ucapkan terima kasih selepas menerima bayaran. Mungkin tips ini boleh membantu pemandu seperti anda untuk meningkatkan kualiti servis.

Sekiranya akaun anda disekat, sila tekan butang Contact Support berwarna biru yang terletak di bahagian bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *