Jenis Kereta Sesuai Untuk Uber X

Uber meletakkan syarat-syarat tertentu bagi melayakkan seseorang untuk menjadi pemandu syarikat mereka. Salah satu syarat kelayakan mereka adalah jenis kereta yang digunakan oleh pemandu untuk mengambil penumpang. Kereta tersebutlah mestilah model tahun 2007 ke atas, masih dalam keadaan baik, mempunyai 4 pintu dan hanya enjin berkuasa 1.0cc ke atas dibenarkan untuk mengambil penumpang. Mereka mengambil kira aspek ini bagi memberikan jaminan keselamatan dan keselesaan kepada pengguna.

Kereta seperti Perodua Myvi, Proton Saga, Toyota Vios dinamakan sebagai contoh jenis kereta yang sesuai untuk digunakan untuk Uber X. Perkhidmatan Uber X ini tergolong daripada kategori perkhidmatan ekonomi dan mudah didapati serta boleh didapati di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Penang, Ipoh, Kota Kinabalu dan Kuching. Kadar tambang asas bermula daripada RM0.80 hingga RM1.00 mengikut bandar-bandar.

Photo By Aero777 https://en.wikipedia.org/wiki/User:Aero777
Photo By Aero777 https://en.wikipedia.org/wiki/User:Aero777

Melalui pengamatan, Perodua Axia dikatakan kereta paling sesuai untuk digunakan bagi perkhidmatan Uber X kerana beberapa faktor:

Penjimatan Minyak

Perodua Axia mampu bergerak sejauh 21.6 kilometer bagi setiap liter minyak yang diisi. Dianggarkan kos bagi 100 km adalah sebanyak RM8.80 sahaja ia membantu pemandu untuk menjimatkan kos minyak bergerak ke mana-mana. Sebab itulah ia menjadi pilihan bagi pemandu Uber.

Keselesaan

Ia mempunyai enjin berkuasa 1.0cc dengan transmisi auto sebanyak 20.6 bagi setiap liter. Axia stabil dipandu pada had kelajuan 120 kilometer dan selesa kerana suspension yang baik. Oleh itu, ia memberikan keselesaan dan mengurangkan keletihan kepada pemandu. Mereka dapat melaksanakan tugasan mengambil dan menurunkan penumpang dengan penuh bersemangat dan gembira.

Saiz Besar

Perodua Axia menjanjikan keselesaan dengan ruang kabin luas dan besar sehingga mampu memuatkan 5 orang penumpang. Tiada masalah kepada mereka yang mempunyai ketinggian 170cm untuk duduk di bahagian penumpang. Ini kerana ruang bawah kerusi hadapan agak luas dan memberi ruang kepada penumpang untuk melunjurkan kaki ke bawah. Penumpang berasa selesa untuk menaiki kereta dan pasti akan memberi rating terbaik untuk anda.

Pemandu juga boleh menyelaraskan kedudukan kerusi mengikut ketinggian dan ini membuatkan mereka selesa untuk memandu dan memberikan perkhidmatan baik kepada penumpang.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan hook pada kedua-dua bahagian belakang kerusi hadapan yang bertujuan untuk menyangkut barangan. Sistem keselamatan juga terbaik kerana dilengkapi dengan anti-snatch hook pada kedua-dua sisi kerusi hadapan. Ia merupakan penyangkut boleh kunci yang menyukarkan perompak meragut beg dari keluar kereta. Terdapat dua beg udara tersedia di dalam kereta. Axia dilengkapi dengan alat-alat keselamatan yang membolehkan penumpang Uber tiba ke destinasi dengan selamat.

Tahan lasak

Sifat Axia yang tahan lasak hanya memerlukan servis sebaik mencecah 10,000 kilometer selepas 5000 kilometer servis pertama. Badan kereta juga lebih solid dan dapat meminimumkan kos membaikpulih jika dilanggar atau melanggar. Keselamatan penumpang juga terjamin kerana kereta yang dinaiki tidak mudah remuk.

Kesimpulannya, selain Perodua Axia terdapat kereta-kereta yang sesuai untuk dijadikan Uber X. Artikel ini memilih perodua Axia kerana penjimatan minyak yang banyak. Pemandu Uber wajib menerima panggilan dan mereka tidak tahu destinasi penumpang sehinggalah penumpang itu sendiri masuk ke dalam kereta. Kadang-kala mereka terpaksa memandu ke tempat jauh dan mungkin kawasan kurang popular bagi Uber. Oleh itu, kos minyak perlu dijimatkan supaya dapat pergi ke banyak tempat. Selain itu, ciri-ciri keselamatan seperti beg udara, penyangkut boleh kunci dan sebagainya dapat menjaga keselamataan penumpang semasa dalam perjalanan. Penumpang juga selesa dengan ruang luas dalam kereta walaupun ia kelihatan kecil dari luar.

Diharapkan artikel ini dapat membantu pemandu Uber membuat keputusan untuk memilih jenis kereta sesuai untuk perkhidmatan Uber X.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *