Cara Mendaftar Sebagai Pemandu Uber (Komprehensif)

Pernahkah anda berfikir untuk bebas daripada rutin 9-5 dan tentukan pendapatan anda sendiri? Jika ya, anda perlu rebut peluang menjadi rakan niaga Uber untuk menikmati pendapatan tinggi hingga mencecah RM8000 sebulan. Uber merupakan platform menjana pendapatan dengan menjadi pemandu Uber.

Beberapa langkah perlu diikuti untuk mendaftar sebagai salah seorang rakan niaga Uber.

1. Buat Pendaftaran Online

Klik link ini untuk pendaftaran melalui atas talian. Anda tentu tertanya-tanya apa bezanya jika anda daftar terus di uber. Bezanya adalah saya akan bantu anda untuk proses dokumentasi sepeti semakkan dokumen sebelum anda memuat naik dokumen anda, membantu anda mengemaskini akaun bank dan profile, khidmat nasihat dan guide anda untuk training selepas akaun aktif. Sekiranya anda mendaftar menerusi link yang saya berikan tadi, anda bebas untuk whatsapp saya 018-2542042 sekiranya anda memerlukan bantuan. Anda juga boleh mengisi borang di bawah ini dan saya akan hubungi anda semula.

Klang Valley including KL/PENANG/JB/IPOH/KK/KUCHING

2. Muat turun aplikasi Uber Partner melalui telefon pintar

Kemudian, anda perlu memuat turun aplikasi Uber Partner melalui Google Play. Pemohon wajib mempunyai telefon pintar dengan data internet. Ini kerana data akan digunakan untuk mengakses GPS semasa memandu. Anda dikehendaki mendaftar dengan memberikan nama penuh, nombor telefon, kata laluan rahsia, emel dan bandar (tempat anda tinggal). Anda boleh langkau langkah ini sekiranya anda mempunyai akaun penumpang Uber. Akaun bank juga diperlukan untuk pembayaran tambang terus ke akaun bank pemandu Uber bagi setiap perjalanan.

Aplikasi Uber penting untuk membantu pemandu melakukan tugasan mereka. Ia merupakan platform yang menghubungkan pemandu dengan penumpang. Pemandu menggunakan kereta mereka sendiri untuk menghantar penumpang ke destinasi yang ditujui melalui aplikasi Uber. Secara ringkasnya, pemandu hanya perlu buka aplikasi mereka dan klik untuk menerima permintaan.

3. Muat Naik Dokumen Peribadi

Uber amat mementingkan keselamatan semua pihak samada pemandu ataupun penumpang dan kerana itu memerlukan anda memuatnaik dokumen. Proses kelulusan mengambil masa kira-kira 24 jam atau kurang kerana mereka akan menganalis semua dokumen yang diberikan oleh pemohon. Bakal rakan niaga Uber diwajibkan memuat naik kad pengenalan, lesen memandu penuh (Lesen P atau L tidak layak sama sekali) dan juga nota insurans kereta (dokumen yang anda dapat setiap kali memperbaruhi Polisi Insurans Kenderaan Persendirian). Pendaftaran atas talian mudah kerana aplikasi Uber mempunyai fitur kamera yang membolehkan gambar dokumen ditangkap dan terus dimuat naik ke Uber. Ia menjimatkan masa dan tenaga. Pastikan gambar yang dimuat naik jelas dan keempat-empat bucu dapat dilihat. Anda tidak boleh meneruskan langkah seterusnya jika gagal memuat naik dokumen-dokumen yang dinyatakan.

3. Setelah Akaun Aktif

Sebaik memuat naik dokumen-dokumen tersebut, Uber akan menghantar emel mengenai proses permohonan anda. Sekiranya akaun anda sudah aktif, UBER akan menghantar SMS atau email menyatakan akaun anda sudah boleh digunakan untuk mengambil penumpang. Jika UBER mendapati dokumen anda bermasalah, contohnya, nota insurance tidak mempunyai nama anda, email atau sms juga akan dihantar kepada anda untuk dimaklumkan tentang perkara tersebut.

Buat masa ini, Uber hanya beroperasi di sekitar bandar-bandar di Malaysia seperti di Kuala Lumpurr dan seluruh Lembah Klang, Penang termasuk belah pulau dan Seberang Perai, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.

Dalam sesetengah kes, Uber akan meminta anda untuk datang ke pejabat mereka untuk proses pengaktifan. Sila bawa salinan kad pengenalan, lesen memandu penuh dan juga salinan asal nota insurans kenderaan. Pihak Uber akan meneliti permohonan anda melalui proses ini. Lazimnya, kelulusan akan mengambil masa kurang 24.

4. Jalani Latihan

Sekiranya permohonan diluluskan, anda diberi pilihan samada pergi ke Pusat Sokongan UBER atau sekadar menonton video latihan. Sekiranya anda berdaftar dengan saya, saya akan share video latihan yang anda perlukan. Setelah faham cara menggunakan aplikasi UBER Driver, anda sudah boleh memulakan tugas sebagai pemandu uber.

Anda juga boleh menghadiri latihan di Pusat Sokongan Uber. Latihan singkat ini hanya memakan masa kurang daripada 2 jam dan anda sudah bersedia untuk menjana pendapatan dengan Uber.

Namun, perlu diingatkan, Uber menetapkan standard tinggi dalam pemilihan rakan niaga mereka. Oleh itu, anda harus memenuhi kriteria-kriteria yang diperlukan supaya permohonan anda diluluskan. Pemohon harus berumur 21 tahun ke atas dan mempunyai lesen memandu penuh, mempunyai kereta sendiri (atau kereta didaftarkan dengan nama orang lain) dengan syarat mempunyai nota insurans atas nama pemohon sendiri dan tahun pengeluaran kereta. Kereta yang didaftarkan masih dalam keadaan baik, mempunyai 4 pintu dan tahun pengeluaran adalah pada tahun 2008 dan ke atas. Kereta lama akan dipertimbangkan dengan syarat ianya diselenggara dengan baik. Pemandu Uber juga mempunyai rekod bersih jenayah.

Setelah meneliti mengenai cara dan kriteria yang diperlukan untuk menjadi pemandu Uber, ia jelas bahawa keselamatan amat ditekankan dalam Uber. Segala maklumat peribadi dan latar belakang pemandu Uber diteliti agar penumpang dapat menikmati perjalanan dengan tenang dan selamat. Adakah anda pemandu Uber yang dicari?