Blog

Bayi Lahir Dalam Kereta UBER

Satu malam pukul 1 pagi pemandu UBER bernama RoyAffendi Annuar mengambil penumpang di kawasan berdekatan tempat tinggalnya di Bandar Enstek, Nilai.

Roy bergegas ke rumah lelaki itu dengan Perodua Myvi nya apabila lelaki itu memberitahu dia ingin ke hospital. Semasa Roy mengambil lelaki itu, dia meminta pemandu uber tersebut untuk singgah di rumah ibu mertua anaknya.

Pada masa itulah lelaki itu memberitahu Roy yang menantunya mahu melahirkan anak. Roy menasihatinya untuk menelefon ambulan tapi lelaki itu meyakinkan Roy yang mereka akan sempat sampai ke hospital.

Mereka ingin menuju ke Hospital Pantai di KL, terletak 70KM jauhnya dari Nilai.

Roy mencadangkan mereka pergi ke Hospital di Putrajaya namun penumpang tetap ingin ke hospital Pantai yang lebih jauh.

Kira-kira selepas 10km perjalanan, Roy merasakan perempuan itu bakal beranak.

Kemudian Roy terdengat bunyi “EEK”. Pada mulanya dia fikir mungkin patut berhenti saja tapi bila dia fikir semula dia pun tidak pasti nak buat apa.

Tidak lama kemudian, dia mendengar suara bayi menangis dan menarik nagas lega kerana Roy tahu bayi itu selamat. Jadi dia teruskan perjalanan ke hospital.

Jimat RM5 Dengan Menggunakan Kod Ini

Untuk 2 minggu sahaja, usah biarkan diri anda sengsara memandu dalam kesesakan lalu lintad. Biar pemandu kami yang bawa kereta, anda cuma perlu duduk di belakang dan relaks sambil menyanyi lagu kegemaran anda.

Gunakan kod promosi ini:

AWES8MEWEEKDAYS

Dan anda boleh nikmati penjimatan sebanyak RM5 daripada 10 perjalanan, bermula dari Isnin hingga Jumaat, dari pukul 8 pagi sampai 8 malam. Kod promosi ini hanya sah digunakan sehingga 2 Disember 2016. Anda cuma perlu memasukkan kod ini sekali sahaja.

Guna kod ini sebelum trip berakhir.

1. Pilih PROMOTIONS daripada menu dalam app UBER
2. Pilih “Add Promo Code”
3. Masukkan kod promosi, contohnya AWES8MEWEEKDAYS dan pilih “APPLY”

Jika anda menggunakan app UBER yang baru:

1. Pilih “PAYMENT” daripada menu
2. Kemudian pilih “Add Promo Code”
3. Masukkan kod promosie dan sentuh “APPLY”

If you’re using the new Uber app:
1. Select PAYMENT from the app menu.
2. Tap Add Promo Code.
3. Enter your promo code and tap Apply.

Kod promosi yang digunakan akan diaktifkan untuk trip yg anda sedang naiki atau trip yang akan datang.

Promosi Ke KLIA Hanya RM60 Sahaja

Bermula dari sekarang sehingga 31 disember 2016 anda boleh menikmati penjimatan menggunakan uber ke destinasi KLIA atau KLIA2 pada kadar tambang hanya RM60, dan tiada kod promosi diperlukan untuk melayakkan anda mendapat promosi ini.

Jadi siapkan nbeg anda segera, hantar request untuk pergi ke KLIA dengan pemandu kami yang mesra pengguna.

Tambang tidak termasuk tol disepanjang perjalanan. Ingat anda tidak perlukan kod promosi untuk penjumatan hebat ke lapangan terbang.

Uber Melaka

Sejajar dengan kemajuan negeri Melaka yang semakin membangun, ada berita baik buat penduduk negeri yang sudah lama memerlukan pengangkutan awam alternatif yang efisyen dan berpatutan. Uber kini telah dibenarkan untuk beroperasi di Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah.

melaka

Bermula dari 27 Oktober 2016, anda berpeluang untuk menempah perkhidmatan kereta sewa berpemandu melalui app sahaja. Apa yang menarik berkenaan perkhidmatan alternatif kepada teksi ini, anda boleh memilih untuk membayar menggunakan kad kredit, kad debit atau wang tunai.

Samada anda ingin ke kelas di universiti atau tidak mahu berebut tempat meletak kereta yang selalunya penuh di waktu hujung minggu, mahupun membeli belah di Melaka Raya, Uber bersedia untuk membawa anda menjelajah kota bersejerah tersebut.

Sekiranya anda ingin menjadi sebahagian daripada barisan pemandu Uber di Melaka, boleh mendaftar melalui link di bawah ini.

KLIK LINK INI

10 Cara Kreatif Pemandu Boleh Lakukan Untuk Tingkat Kualiti Servis

Pelbagai cara boleh dilakukan oleh pemandu Uber untuk meningkatkan kualiti servis kepada penumpang. Ia perlu dilihat daripada aspek-aspek seperti cara pemanduan, kemahiran berkomunikasi dan membuat penumpang rasa selesa dengan mereka. Oleh itu, 10 cara kreatif ini boleh membantu pemandu Uber untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka:

1. Mempamerkan Cara Kerja Baik

Uber mempunyai sistem peraturan dalam mengendalikan perkhidmatan Uber. Perkhidmatan akan dinilai melalui cara pemandu melakukan pekerjaan iaitu dengan memandu. Selain daripada memandu mengikut peraturan dan berhati-hati di jalan raya, pemandu boleh memasang radio untuk menghiburkan hati penumpang. Lebih baik jika pemandu bertanyakan genre kesukaan mereka dan memasangnya di dalam kereta.

2. Fahami Keperluan Pelanggan

Tujuan utama pelanggan beralih kepada Uber kerana mereka mengejar masa untuk ke sesuatu tempat. Tanyakan kepada penumpang lokasi yang dituju dan jalan singkat untuk ke tempat tersebut. Walaupun Uber menyediakan peta tunjuk arah yang bernavigasi, tidak menjadi masalah jika pemandu membawa ke jalan singkat dan ia boleh menjimatkan masa perjalanan. Penumpang akan lebih gembira. Pemandu Uber boleh menurunkan penumpang di tempat yang sesuai dan selesa bagi penumpang untuk terus ke tempat yang ditujui.

3. Fasiliti Sempurna

Sebelum memulakan perjalanan, pemandu perlu memastikan kereta berfungsi dalam keadaan baik, tangki minyak sudah diisi dan angin tayar sudah mencukupi. Ini memastikan pemanduan lebih lancar dan selamat. Pemandu juga boleh mengambil inisiatif dengan menyediakan persekitaran bersih dan selesa di dalam kereta dengan meletakkan pewangi kereta, memastikan tiada sampah dan kereta dicuci tiap-tiap minggu.

Pemandu dicadangkan untuk meletakkan sedikit gula-gula atau minuman di dalam kereta. Ini adalah antara cara termudah untuk mendapat rating yang tinggi dari riders.

4. Sikap dan Komitmen Pekerja

Pemandu Uber perlu mempamerkan sikap baik semasa memandu dan mematuhi semua peraturan jalan raya. Sikap tersebut akan membuatkan penumpang berasa selesa bersama dengan anda dan memberikan anda penarafan yang baik.

5. Penampilan Diri

Tidak dapat dinafikan, penampilan memainkan peranan penting dalam menentukan impresi seseorang kepada kita. Oleh itu, pemandu Uber harus menjaga penampilan diri seperti berpakaian kemas, rambut disikat rapi, tidak mempunyai nafas berbau dan memakai deodran atau minyak wangi sesuai untuk mengelakkan badan berbau. Bau kurang enak mungkin akan menyebabkan penumpang tidak selesa dan merosakkan mood perjalanan mereka.

6. Professionalisme

Kemahiran berkomunikasi yang baik dapat menarik perhatian penumpang dan ia secara tidak langsung mempamerkan professionalism anda dalam pekerjaan. Komunikasi penting bagi merapatkan hubungan antara pemandu dengan penumpang dan dalam masa yang sama menimbulkan rasa selesa dan dekat kepada pemandu.

7. Servis Percuma

Pemandu Uber juga digalakkan membuka pintu untuk penumpang supaya mereka rasa dihargai. Selain itu, pemandu boleh menyediakan air mineral, gula-gula dan biskut untuk penumpang supaya mereka tertarik dengan cara layanan anda dan memberikan penarafan bintang yag tinggi.

8. Layanan Mesra – Peramah

Setiap manusia suka dihargai dan dilayan dengan mesra. Begitu juga dengan penumpang Uber. Tambat hati penumpang dengan memberikan layanan mesra dan beramah-tamah dengan hanya cukup bertanyakan khabar, tempat tinggal dan pekerjaan. Mungkin bukan semua orang sudi menjawab pertanyaan, tapi tidak ada salahnya untuk mencuba.

9. Ucap Selamat

Memberi salam bagi mereka yang beragama Islam atau salam sejahtera kepada bukan Muslim merupakan budaya yang perlu diterapkan bagi setiap pemandu Uber. Ini juga menunjukkan tatasusila baik dan menimbulkan impresi baik oleh penumpang.

10. Layan Penumpang Sebagai Kawan

Jangan luaskan jurang antara pemandu dengan penumpang. Anggaplah mereka sebagai kawan dan layan mereka sebaik mungkin. Selain itu, kenal pasti topic kegemaran mereka untuk memancing mereka bersembang dengan ada. Cara ini dapat merapatkan lagi silaturrahim dan memberikan pandangan terbaik kepada penumpang.

Bila bercakap mengenai servis, pastinya penumpang sentiasa mengharapkan yang terbaik daripada pemandu. Pemandu perlu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling untuk memperbaiki mutu perkhidmatan yang diberikan kepada penumpang. Mungkin ada sesetengah penumpang mempunyai perangai teruk, namun jangan jadikan ia sebagai alasan untuk tidak memberikan layanan terbaik kepada mereka. Sentiasa kekal dengan sikap professional dapat membantu anda untuk berkembang dan memperbaiki serta meningkatkan kualiti servis.

Sejarah Penubuhan Uber

Perkembangan teknologi banyak membantu dalam kehidupan seharian masyarkat. Uber memang tidak asing lagi kepada masyarakat hari ini. Ia merupakan perintis kepada syarikat pengangkutan berintegrasi yang diwujudkan oleh Garret Camp dan Travis Kalanick di San Francisco, Amerika Syarikat. Aplikasi Uber dibangunkan untuk menghubungkan pemandu dengan penumpang melalui telefon pintar. Penumpang boleh meminta khidmat teksi melalui telefon dan tidak perlu membuang masa untuk menunggu teksi di jalan. Kini, Uber dilihat sebagai kemestian kepada pengguna untuk mendapatkan perkhidmatan sewa kereta pada harga murah melalui hujung jari sahaja. Siapa menyangka bahawa aplikasi yang dibangunkan di Amerika pada beberapa tahun lepas menjadi hit bukan sahaja di pasaran Amerika malah mula menembusi pasaran luar negara seperti Paris, Singapura, Australia, Indonesia dan tidak terkecuali juga Malaysia.

Idea penubuhan Uber muncul apabila Garret dan Travis mengalami kesukaran untuk mendapatkan perkhidmatan teksi semasa menghadiri persidangan teknologi di Paris pada tahun 2008. Situasi tersebut dilihat sebagai pencetus idea mereka untuk memperkenalkan aplikasi Uber bagi menyelesaikan masalah kesukaran untuk mendapatkan teksi di California.

Pada awal kemunculan Uber iaitu pada Mac 2009, mereka dikenali sebagai Uber Cab dan hanya menyediakan perkhidmatan kereta mewah seperti Lincoln Town Car, Cadillac Esclade , BMW 7 Series dan Mercedez Benz S550. Hanya golongan berpendapatan tinggi mampu menikmati perkhidmatan ini.Selepas 3 bulan kemunculan, mereka melancarkan aplikasi Uber bagi memudahkan pengguna untuk mendapatkan khidmat kereta sewa. Potensi syarikat yang besar untuk berkembang telah menarik perhatian oleh Oscar Salazar dan Conrad Whelan untuk menyertai Uber.

screen-shot-2015-10-07-at-3-50-09-pm

Pada tahun 2010, Ryan Graves memegang jawatan sebagai CEO Uber tetapi tidak lama dan digantikan oleh Travis. Peralihan jawatan itu ternyata tidak merugikan. Pada akhir tahun 2011, Ubercab berjaya menghasilkan dana sebanyak $44.5 juta dan kemudiannya bertukar nama kepada Uber. Melihatkan potensi Uber yang sangat tinggi, mereka berkeputusan untuk mengembangkan operasi Uber di luar Amerika. Paris dipilih sebagai bandar pertama di luar Amerika yang mendapat khidmat Uber pada tahun 2011.
Uber yang dahulunya hanya menumpukan kepada pasaran kereta mewah berubah dengan menawarkan perkhidmatan Uber X bagi memenuhi permintaan semua lapisan masyarakat. Ini kerana Uber X menawarkan khidmat kereta sewa dengan harga 35% murah daripada harga teksi dan sesuai untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Bukan itu sahaja, mulai tahun 2014, Uber mempelbagaikan portfolio perniagaan dengan memperkenalkan UberRUSH Service yang menyediakan penghantaran menggunakan basikal pada April 2014. UberPool Service turut diperkenalkan dimana ia memberi kemudahan kepada pengguna Uber untuk berkongsi kereta dengan pengguna lain yang menghala ke laluan sama. Ini sama sekali memberikan pilihan terbaik kepada pengguna untuk meminimumkan perbelanjaan pengangkutan.

Manakala di Hong Kong, Uber mencuba nasib dengan memperkenalkan Uber Cargo yang menyediakan khidmat penghantaran barang. Malah, Uber juga memperkenalkan Uber Eats yang menyediakan perkhidmatan makanan melalui Uber. Malah di Malaysia, Uber pernah membuat percubaan membuat penghantaran Starbucks melalui Uber tanpa kos tersembunyi. Percubaan demi percubaan yang dilakukan oleh Uber membuahkan hasil dan tidak hairanlah jika mereka dapat menembusi pasaran China yang besar seperti Baidu kerana sudah terbukti bahawa mereka mempunyai pengetahuan luas dalam perniagaan dan berani mencuba.

Sehingga kini, Uber bukan lagi asing kerana ia sudah beroperasi lebih 58 negara di serata dunia dan menyelesaikan masalah mendapatkan perkhidmatan teksi. Namun untuk berada pada tahap ini bukan mudah dan pelbagai rintangan perlu dihadapi demi mencapai kejayaan.

Kemunculan Uber telah mengubah corak perkhidmatan teksi dan kereta sewa dan ianya telah menjadi ancaman kepada pengusaha-pengusaha teksi. Mereka berpendapat bahawa Uber bukan syarikat yang sah dan menyebabkan pemandu-pemandu teksi kehilangan mata pencarian. Maka, berlakunya mogok secara besar-besaran di Paris untuk menentang Uber. Situasi itu turut berlaku di Malaysia dan Indonesia.

Situasi tersebut tidak dilihat sebagai ancaman kepada Uber malah mereka mengukuhkan lagi jenama mereka dan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna. Permintaan tinggi daripada penumpang membolehkan Uber terus hidup dan berkembang ke serata dunia.

Cara Menggunakan Uber Partner App

Artikel ini akan menerangkan langkah-langkah untuk menggunakan aplikasi Uber Partner, iaitu aplikasi direka khas untuk pemandu Uber. Penumpang dan pemandu menggunakan aplikasi yang berbeza. Namun, penumpang Uber boleh menggunakan akaun mereka untuk didaftarkan sebagai pemandu Uber. Ia juga memberi anda idea bagaimana untuk menggunakan aplikasi Uber Partner sebelum, semasa dan selepas perjalanan supaya anda tidak gemuruh.

uber-fb-ad


1. Muat Turun Aplikasi Uber Partner dan Daftar Akaun

Pastikan anda memilih aplikasi Uber Partner dan tidak keliru dengan aplikasi untuk penumpang Uber di GooglePlay. Daftar akaun di Uber Partner dan berikan maklumat peribadi yang diperlukan.

2. Daftar Masuk Akaun Uber Partner

Daftar masuk akaun untuk memulakan perjalanan pertama anda. Lihat pada paparan skrin, ia akan menunjukkan lokasi keberadaan anda. Tekan butang online jika anda sudah bersedia untuk mengambil penumpang. Jangan online sekiranya anda tidak mahu mengambil penumpang kerana Uber akan memberikan lokasi pemandu Uber yang paling dekat dengan penumpang dan memberikan servis cepat kepada mereka. Tunggu isyarat berkelip pada telefon anda dan bersedia untuk menerima permintaan penumpang. Anda diberi 15 saat untuk menerima permintaan tersebut.

3. Menerima Permintaan Penumpang

Jika anda ingin menerima permintaan tersebut, sentuh butang Navigate to Pickup. Uber akan memberikan anda lokasi penumpang. Tekan butang Navigate jika anda bersetuju untuk mengambil penumpang tersebut. Uber akan memberitahu masa ketibaan anda dan melaporkan kedudukan anda dari semasa ke semasa kepada penumpang. Bagaimanapun, anda boleh menelefon atau mesej penumpang melalui aplikasi untuk mengesahkan lokasi sekiranya anda tidak menemui lokasi mereka.

4. Lihat Maklumat Peribadi Penumpang

Melalui Uber, anda boleh melihat nama, gambar, nombor telefon penumpang dengan menekan butang di sebelah kanan atas pada aplikasi dan ia juga membolehkan anda berinteraksi dengan penumpang melalui telefon atau mesej. Selain itu, terdapat juga pilihan untuk membatalkan tempahan. Apabila anda membatalkan tempahan, anda dikehendaki untuk memilih sebab-sebab tersedia sebelum ia dihantar kepada penumpang.

5. Mengambil Penumpang

Uber akan memberitahu jika anda sudah sampai di tempat penumpang tunggu. Sila sahkan nama dan nombor telefon penumpang sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kereta. Ini bagi mengelakkan daripada tersilap mengambil penumpang. Jangan lupa untuk mengesahkan alamat destinasi ditujui dan tanya sekiranya mereka masih belum mengisi destinasi. Anda boleh mengisi sendiri alamat pada aplikasi. Mulakan perjalanan setelah mengesahkan semua maklumat penumpang dengan menekan butang Start Trip. Memandulah dengan tenang dan ikut peta yang diberikan oleh Uber.

6. Menurunkan Penumpang

Sebelum menurunkan penumpang, anda perlu menekan butang navigate ke destinasi yang diminta oleh penumpang. Sebaik tiba di destinasi, anda perlu menekan butang Complete Trip. untuk melihat harga tambang yang dikenakan kepada penumpang. Bergantung kepada cara pembayaran yang dipilih oleh pelanggan, anda akan menerima tunai daripada penumpang atau pindahan wang oleh Uber (pelanggan memilih kad kredit).

7. Berikan Penarafan Kepada Penumpang

Apabila menurunkan penumpang, tekan butang End Trip untuk memberi penarafan kepada penumpang. Pemandu berhak memberi taraf kepada penumpang bagi membantu Uber untuk memantau keselamatan pemandu dan menghalang mana-mana individu yang tidak berkelakuan baik daripada menggunakan aplikasi Uber. Pemandu boleh memilih skala daripada satu bintang hingga lima bintang sebelum menghantarnya.

Kesimpulannya,Uber Partner memudahkan pemandu untuk menerima permintaan penumpang dan menghantar mereka ke destinasi yang ditujui. Mereka bebas untuk mengambil penumpang pada bila-bila masa selagi mereka berada di atas talian. Malah, keselamatan juga terjamin kerana maklumat peribadi penumpang dipaparkan. Pemandu juga bebas menentukan pendapatan dan masa mereka sendiri melalui jumlah perjalanan yang mereka mampu lakukan setiap hari.

Jenis Kereta Sesuai Untuk Uber X

Uber meletakkan syarat-syarat tertentu bagi melayakkan seseorang untuk menjadi pemandu syarikat mereka. Salah satu syarat kelayakan mereka adalah jenis kereta yang digunakan oleh pemandu untuk mengambil penumpang. Kereta tersebutlah mestilah model tahun 2007 ke atas, masih dalam keadaan baik, mempunyai 4 pintu dan hanya enjin berkuasa 1.0cc ke atas dibenarkan untuk mengambil penumpang. Mereka mengambil kira aspek ini bagi memberikan jaminan keselamatan dan keselesaan kepada pengguna.

Kereta seperti Perodua Myvi, Proton Saga, Toyota Vios dinamakan sebagai contoh jenis kereta yang sesuai untuk digunakan untuk Uber X. Perkhidmatan Uber X ini tergolong daripada kategori perkhidmatan ekonomi dan mudah didapati serta boleh didapati di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Penang, Ipoh, Kota Kinabalu dan Kuching. Kadar tambang asas bermula daripada RM0.80 hingga RM1.00 mengikut bandar-bandar.

Photo By Aero777 https://en.wikipedia.org/wiki/User:Aero777
Photo By Aero777 https://en.wikipedia.org/wiki/User:Aero777

Melalui pengamatan, Perodua Axia dikatakan kereta paling sesuai untuk digunakan bagi perkhidmatan Uber X kerana beberapa faktor:

Penjimatan Minyak

Perodua Axia mampu bergerak sejauh 21.6 kilometer bagi setiap liter minyak yang diisi. Dianggarkan kos bagi 100 km adalah sebanyak RM8.80 sahaja ia membantu pemandu untuk menjimatkan kos minyak bergerak ke mana-mana. Sebab itulah ia menjadi pilihan bagi pemandu Uber.

Keselesaan

Ia mempunyai enjin berkuasa 1.0cc dengan transmisi auto sebanyak 20.6 bagi setiap liter. Axia stabil dipandu pada had kelajuan 120 kilometer dan selesa kerana suspension yang baik. Oleh itu, ia memberikan keselesaan dan mengurangkan keletihan kepada pemandu. Mereka dapat melaksanakan tugasan mengambil dan menurunkan penumpang dengan penuh bersemangat dan gembira.

Saiz Besar

Perodua Axia menjanjikan keselesaan dengan ruang kabin luas dan besar sehingga mampu memuatkan 5 orang penumpang. Tiada masalah kepada mereka yang mempunyai ketinggian 170cm untuk duduk di bahagian penumpang. Ini kerana ruang bawah kerusi hadapan agak luas dan memberi ruang kepada penumpang untuk melunjurkan kaki ke bawah. Penumpang berasa selesa untuk menaiki kereta dan pasti akan memberi rating terbaik untuk anda.

Pemandu juga boleh menyelaraskan kedudukan kerusi mengikut ketinggian dan ini membuatkan mereka selesa untuk memandu dan memberikan perkhidmatan baik kepada penumpang.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan hook pada kedua-dua bahagian belakang kerusi hadapan yang bertujuan untuk menyangkut barangan. Sistem keselamatan juga terbaik kerana dilengkapi dengan anti-snatch hook pada kedua-dua sisi kerusi hadapan. Ia merupakan penyangkut boleh kunci yang menyukarkan perompak meragut beg dari keluar kereta. Terdapat dua beg udara tersedia di dalam kereta. Axia dilengkapi dengan alat-alat keselamatan yang membolehkan penumpang Uber tiba ke destinasi dengan selamat.

Tahan lasak

Sifat Axia yang tahan lasak hanya memerlukan servis sebaik mencecah 10,000 kilometer selepas 5000 kilometer servis pertama. Badan kereta juga lebih solid dan dapat meminimumkan kos membaikpulih jika dilanggar atau melanggar. Keselamatan penumpang juga terjamin kerana kereta yang dinaiki tidak mudah remuk.

Kesimpulannya, selain Perodua Axia terdapat kereta-kereta yang sesuai untuk dijadikan Uber X. Artikel ini memilih perodua Axia kerana penjimatan minyak yang banyak. Pemandu Uber wajib menerima panggilan dan mereka tidak tahu destinasi penumpang sehinggalah penumpang itu sendiri masuk ke dalam kereta. Kadang-kala mereka terpaksa memandu ke tempat jauh dan mungkin kawasan kurang popular bagi Uber. Oleh itu, kos minyak perlu dijimatkan supaya dapat pergi ke banyak tempat. Selain itu, ciri-ciri keselamatan seperti beg udara, penyangkut boleh kunci dan sebagainya dapat menjaga keselamataan penumpang semasa dalam perjalanan. Penumpang juga selesa dengan ruang luas dalam kereta walaupun ia kelihatan kecil dari luar.

Diharapkan artikel ini dapat membantu pemandu Uber membuat keputusan untuk memilih jenis kereta sesuai untuk perkhidmatan Uber X.

Maksud Terma-terma dalam Uber Partner (Driver)

Setiap hari aplikasi Uber Partner digunakan oleh pemandu untuk membantu mereka memulakan perjalanan mengambil penumpang. Terdapat banyak terma-terma dalam Uber Partner perlu difahami agar mereka tahu sistem Uber bergerak. Artikel ini akan membincangkan maksud terma-terma yang digunapakai oleh Uber Partner sebagai panduan kepada pemandu.

1. Driver

Orang yang memandu dan mengambil penumpang dari lokasi ditetapkan dan menghantar mereka ke destinasi yang dituju melalui aplikasi Uber.

2. Rider

Penumpang yang meminta perkhidmatan kereta untuk menghantar mereka ke destinasi yang ditujui.

3. Go Online

Sebaik sahaja pemandu log masuk dan menekan butang Go Online, mereka akan menerima permintaan daripada penumpang. Ia akan mengesan pemandu yang paling dekat dengan lokasi penumpang. Pemandu dinasihatkan untuk mengambil penumpang.

4. Navigate

Apabila menekan butang Navigate, Uber akan memberikan panduan arah untuk ke tempat penumpang.

5. Arrived

Pemandu akan menekan butang Arrived apabila sudah sampai ke destinasi penumpang. Uber secara automatiknya akan memaklumkan kepada penumpang tentang lokasi semasa pemandu.

6. Rider Enter Destination

Bunyi bip akan kedengaran sekiranya penumpang memasukkan lokasi dalam ruangan Rider Enter Destination. Pemandu boleh memasukkan sendiri jika tiada bunyi bip kedengaran pada aplikasi mereka.

7. Slide To Begin

Pemandu akan mengerakkan jari ke kanan sebaik sahaja mengesahkan nama penumpang, nombor telefon dan lokasi yang ditujui.

8. Slide To End Trip

Sebaik sahaja tiba ke lokasi menurunkan penumpang, pemandu akan mengerakkan jari ke kanan bagi melengkapkan perjalanan tersebut.

9. Fare Summary

Laporan ringkas mengenai perjalanan dan akan memaparkan harga tambang yang akan dibayar kepada pemandu, Get Fair Review, Penilaian (markah bermula daripada 1 hingga 5 bintang) untuk penumpang.

10. Get Fair Review

Terma Get Fair Review membolehkan pemandu membuat penilaian mengenai penumpang. Pemandu boleh melaporkan sebarang insiden yang kurang menyenangkan kepada Uber. Ia membolehkan Uber mengenalpasti individu yang mencurigakan daripada menggunakan perkhidmatan Uber.

11. Go Online

Pemandu boleh menekan butang Go Online jika tiada sebarang masalah atau isu semasa perjalanan untuk dilaporkan dan akan menerima permintaan baru daripada penumpang.

12. Support

Klik pada butang pada profil pemandu dan klik pada View More Trips untuk melaporkan isu-isu seperti salah mengambil penumpang, jumpa barang penumpang dalam kereta, masalah dengan tambang dan penumpang. Anda boleh menekan sebab-sebab seperti ini: I picked up the wrong rider, I found an item in my vehicle, I had an issue with the fare, I had an issue with the rider.

11. Warna Peta

Peta dalam Uber mempunyai warna berbeza yang mempunyai maksud tersendiri seperti:

a) Kawasan tidak berwarna: Permintaan daripada penumpang kurang di kawasan tersebut
b) Kawasan berwarna kuning: Permintaan penumpang melebihi daripada kebiasaan
c) Kawasan berwarna oren: Permintaan makin meningkat dan akan mengakibatkan surge (permintaan penumpang melebihi jumlah pemandu Uber)
d) Kawasan berwarna merah: Harga tambah akan bertambah 1.0 kali ganda hingga 2.0 kali ganda disebabkan kekurangan pemandu Uber untuk menampung permintaan penumpang.

13. Surge

Surge akan berlaku apabila jumlah permintaan penumpang melebihi jumlah pemandu yang berada di kawasan tersebut. Lazimnya, surge akan berlaku pada masa puncak dan waktu kesesakan lalu lintas. Pemandu akan menerima tambang berlipat ganda jika penumpang setuju untuk menerima harga surge tersebut.

14. Tolls

Uber akan membayar semula bayaran tol kepada pemandu dan dapat dilihat pada penyata pembayaran selepas perjalanan tamat. Anda tidak dibenarkan untuk meminta bayaran tol daripada penumpang.

15. Base Fare (Tambang asas)

Bayaran dikenakan oleh pemandu untuk mengambil penumpang

16. Time (Masa)

Masa mula hingga tamat bagi setiap perjalanan.

17. Distance (Jarak)

Jarak perjalanan yang dikira dalam batu atau kilometer.

Rakan niaga Uber harus memahami setiap terma-terma dalam aplikasi Uber Partner bagi memudahkan mereka menggunakan aplikasi ini. Ia merangkumi semua aspek daripada sebelum, semasa dan selepas perjalanan. Selain itu, ia membantu pemandu untuk menyelesaikan apa-apa masalah berkaitan dengan pemanduan dengan membuat laporan kepada pihak Uber. Sistem Uber ini banyak membantu dalam melancarkan perjalanan pemandu Uber.

Jenis-jenis perkhidmatan Uber di Malaysia

Populariti Uber iaitu aplikasi telefon pintar yang membolehkan pengguna menempah kereta di hujung jari sememangnya tidak dapat disangkal. Ianya sesuai dengan gaya hidup masyarakat zaman kini yang bergantung sepenuhnya kepada teknologi untuk memudahkan mereka melakukan rutin harian. Permintaan Uber amat tinggi di sekitar bandar-bandar besar sesuai dengan kos sara hidup tinggi dan mereka mahukan kos pengangkutan rendah bagi mengurangkan perbelanjaan harian.

Mungkin ramai tahu tentang cara menempah kereta melalui aplikasi tersebut, namun tidak ramai menyedari bahawa Uber juga menawarkan tiga kategori perkhidmatan berbeza mengikut jenis kenderaan yang dipandu dan tambang. Ketiga-tiga perkhidmatan ini memberikan pengalaman berbeza kepada pengguna. Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh Uber adalah seperti berikut:

1. Uber X

Ia merupakan kategori perkhidmatan ekonomi dan mudah didapati. Pemandu Uber X menggunakan kereta yang mempunyai kapasiti enjin tidak melebihi 2000cc (2.0L) dan kenderaan jenis sedan. Kereta yang digunakan tidak boleh melebihi 10 tahun, masih dalam keadaan baik dan mempunyai 4 pintu. Contoh kereta yang digunakan adalah seperti Perodua Myvi, Proton Saga, Toyota Vios dan sebagainya. Perkhidmatan Uber X boleh didapati di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Penang, Ipoh, Kota Kinabalu dan Kuching. Kadar tambang asas bermula daripada RM0.80 hingga RM1.00 mengikut bandar-bandar.

2. Uber XL

Perkhidmatan ini menggunakan kenderaan lebih besar ataupun MPV berbanding dengan Uber X. Kenderaan ini lebih luas dan selesa. Kereta yang digunakan harus memenuhi syarat-syarat seperti tahun dikeluarkan pada tahun 2008, tidak mempunyai sebarang kecacatan pada bahagian kenderaan dan minima 6 penumpang. Bagaimanapun, van tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai kenderaan Uber. Contoh kereta yang dibenarkan adalah seperti Proton Exora, Nissan Grand Livina, Toyota Avanza dan sebagainya. Penumpang yang berada di sekitar Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Penang boleh mendapatkan perkhidmatan ini. Tambang asas sebanyak RM2.50.

3. Uber Black

Mereka yang mahu menikmati perjalanan mewah, eksklusif dan elegan boleh mendapatkan perkhidmatan Uber Black. Perkhidmatan premium ini mewajibkan kenderaan mempunyai 4 pintu, berkuasa tinggi minima 2000cc, tiada kecacatan, tahun pengeluaran kereta selepas 2012 dan kereta masih lagi dalam keadaan terbaik. Syarat tambahan seperti tiada jenama dna logo korporat dilekatkan pada kenderaan membezakan perkhidmatan ini dengan yang lain. Contoh kereta yang dibenarkan adalah seperti Toyota Camry, Honda Civic dan Toyota Velfire. Penumpang hanya perlu membayar lebih untuk menikmati perjalanan ekslusif dan selesa. Perkhidmatan ini belum diperluaskan lagi dan hanya terdapat di Kuala Lumpur sahaja. Tambang asas yang dikenakan hanya RM3.00 untuk menikmati perjalanan selesa tanpa perlu membayar lebih.

Setelah meneliti semua jenis kategori di atas, penumpang boleh menentukan jenis perkhidmatan yang mereka inginkan. Setiap satunya memberikan pengalaman berbeza dan harga tambang jauh lebih murah hampir 30% hingga 40% daripada menggunakan teksi biasa. Pemandu Uber juga tidak boleh menolak permintaan penumpang dan jika dibandingkan dengan pemandu teksi, mereka akan memilih destinasi dan akan menolak penumpang yang pergi ke destinasi yang terlalu dekat atau jauh.

Kadangkala, pemandu teksi akan mengenakan caj lebih jika menghantar penumpang ke tempat yang kurang popular dengan alasan penumpang harus membayar lebih kerana tiada penumpang menaiki teksinya. Ini amat bertentangan dengan Uber kerana ia lebih telus dalam menentukan bayaran dan pemandu tidak dibenarkan untuk mengenakan caj lebih kepada penumpang. Mereka tidak akan berbuat sesuka hati kerana sistem penilaian dilakukan sebaik sahaja pemandu menamatkan pemanduan.

Penumpang akan memberikan penilaian buruk kepada mana-mana pemandu yang melanggar peraturan Uber seperti mengenakan caj lebih, tidak sopan dan melakukan gangguan seksual kepada mereka. Pemandu akan diberhentikan daripada Uber sekiranya mendapat markah penilaian yang teruk. Ini memastikan Uber sentiasa memberikan perkhidmatan selamat, selesa dan menyeronokkan. Selain daripada itu, pemandu juga boleh membuat penilaian ke atas penumpang. Ini bagi menggalakkan suasana harmoni antara pemandu dan penumpang.

Bakal pemandu boleh menggunakan artikel ini sebagai panduan untuk menjadi seorang pemandu Uber. Kenalpasti kenderaan milik anda dan jadilah pemandu Uber sekarang!