9 Perkara Yang Perlu Anda Pertimbangkan Sebelum Menjadi Pemandu Uber

uber

Gaji anda sering habis dipotong untuk ansuran kereta, sewa rumah, makanan dan bil? Mungkin anda patut mencari kerja sambilan yang berbaloi. Antara kerja sambilan yang popular adalah menjadi pemandu Uber. Namun, tidak semua orang sesuai untuk pekerjaan ini. Berikut adalah 8 perkara yang anda patut pertimbangkan sebelum menjadi sebahagian daripada keluarga Uber.

1. Bersedia untuk menerima bayaran yang rendah. Tambang Uber bergantung kepada jarak, lokasi dan masa. Contohnya lokasi “panas” seperti Damansara dan PJ, anda boleh memperoleh bayaran yang lebih. Selain itu masa juga memainkan peranan dalam pengiraan tambang. Memandu pada waktu puncak, seperti awal pagi, tengah hari dan malam membolehkan anda memperoleh pendapatan yang lebih tinggi dengan UBER. Antara kawasan hot pada waktu malam adalah Bukit Bintang. Pastikan anda peka juga dengan festival yang berlaku di bandar anda contohnya konsert dan perlawanan bola sepak.

2. Bersedia untuk bekerja sehingga larut malam jika ingin pendapatan yang lebih. Di waktu malam, kadar tambang adalah lebih. Ini di panggil “surge pricing”. Mungkin anda akan membawa penumpang yang mabuk.

3. Mungkin lebih menguntungkan jika anda memandu untuk UBER dan Grab sekaligus. Ramai pemandu berdaftar dengan kedua-dua syarikat ini. Setiap satu punya kelebihan masing-masing. Berdaftar dengan kedua-dua syarikat memastikan anda sentiasa mendapat pelanggan.

4. Pekerjaan ini tidak sesuai dengan orang yang tidak suka berinteraksi dengan orang ramai. Ini kerana ada pelanggan yang memberi rating rendah pada pemandu yang bermuka masam. Sekurang-kurangnya senyum jika anda jenis tidak banyak cakap. Jangan sesekali berlagak sombong dengan pelanggan dan cuba berikan perkhidmatan yang terbaik.

5. Anda untung lebih jika memandu di kawasan yang hot. Sertailah Uber facebook group dan whatsapp group kerana pemandu lain ada berkongsi info kawasan yang hot ini.

6. Pastikan kenderaan anda selalu diselenggara dengan baik. Pastikan keadaan luaran dan dalaman kereta anda sentiasa dalam keadaan baik agar pelanggan lebih selesa.

7. Bersedia untuk bertemu dengan pelbagai jenis manusia dan ragam. Antaranya pelancong asing yang mungkin tidak fasih berbahasa Inggeris apatah lagi Bahasa Melayu. Selalunya pelancong jenis ini, mereka terus tunjukkan kepada anda lokasi yang ingin dituju di atas peta atau risalah pelancongan.

8. Bersedia untuk menerima kenyataan yang jika anda buat lebih, anda dapat lebih. Apa yang penting adalah anda play smart seperti memandu di kawasan hotspot dan pada waktu peak hour.

9. Jadi pelanggan dahulu sebelum menjadi seorang pemandu. Ini adalah peluang keemasan buat anda untuk berbual dengan pemandu dan mengorek info. Antara soalan yang anda patut tanya adalah berapa pendapatan sebagai pemandu uber, cabaran atau pengalaman sukar ketika memandu uber, masa memandu paling menguntungkan dan adakah dia gembira menjadi pemandu Uber.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *