Daftar sebagai pemandu UBER di kawasan Kuala Lumpur dan Lembah Klang dengan klik URL di bawah:

KLIK LINK INI

Whatsapp saya Tarmizi untuk pendaftaran UBER, langkah-langkah pengaktifan dan selepas akaun aktif. 018-2542042 (Whatsapp sahaja)

Saya akan bantu anda untuk pendaftaran UBER dalam masa kurang 3 minit dan pengaktifan dalam tempoh 24 jam atau kurang. Sekiranya anda tidak memiliki kereta itu juga boleh diuruskan (untuk kawasan KL dan Lembah Klang sahaja)

Anda juga boleh mengisi borang di bawah ini untuk pendaftaran UBER. Sila masukkan email yang belum berdaftar dengan UBER.

Klang Valley including KL/PENANG/JB/IPOH/KK/KUCHING

2. Upload dokumen semasa proses pendaftaran. Ambil gambar depan dokumen iaitu IC, Lesen memandu dan Insurance Cover Note.

3. Sekiranya semua dokumen yang dimasukkan adalah lengkap dan tiada masalah, akaun akan aktif dalam 24 jam.

Anda juga boleh whatsapp saya terus di 010-8763761 MIZI untuk bantuan pendaftaran. Saya juga akan berikan langkah-langkah yang perlu dilakukan sehingga akaun aktif.

Apa yang akan berlaku setelah akaun aktif?

1. Anda akan menerima sms atau email menyatakan akaun telah aktif.
2. Anda akan memulakan training samada datang ke pejabat UBER atau menonton video training sahaja. Jika menonton video sahaja anda sudah faham, tidak perlu ke pejabat UBER.
3. Setelah anda memahami bagaimana UBER berfungsi dan cara menggunakan APP UBER Driver/Partner, anda sudah boleh menerima penumpang.

Syarat-Syarat Untuk Menjadi Pemandu UBER

Berumur 21 tahun ke atas
Memiliki lesen memandu penuh (bukan L atau P)
Tiada rekod jenayah
Usia kereta 8 tahun ke bawah
Nama anda, tarikh luput, no plet kereta dan driver dinyatakan di dalam insurance cover note
Insurance masih aktif (belum expired)

10 Cara Efisyen Buat Duit Dengan Uber

Seiring dengan perkembangan teknologi, aplikasi Uber diperkenalkan untuk memudahkan pengguna mendapatkan perkhidmatan teksi atau kereta sewa dalam talian. Pengguna tidak perlu lagi membuang masa untuk menunggu teksi dan boleh merancang masa dengan tepat melalui masa ketibaan pemandu Uber melalui aplikasi tersebut. Teknologi ini mendapat permintaan luar biasa di Malaysia kerana tambang yang dikenakan adalah tepat dan murah berbanding dengan harga teksi biasa.

Keselamatan juga terjamin dengan menggunakan Uber kerana ia bukan sahaja direka khas untuk memberikan perkhidmatan intergrasi teksi atau kereta sewa tanpa tunai, malah ia juga memaparkan maklumat peribadi pemandu dan penumpang. Hanya mereka yang berdaftar dengan Uber sahaja yang boleh menggunakan aplikasi ini tidak kira pemandu ataupun penumpang. Perjalanan lebih selamat kerana mengetahui sedikit maklumat peribadi dan setiap perjalanan dipantau oleh Uber melalui GPS.

Tidak hairanlah jika ramai orang memilih untuk menaiki Uber dan ini secara langsung memberi peluang kepada pemandu Uber untuk menjana pendapatan samada bekerja dengan tetap mahupun sambilan. Rata-rata pendapatan Uber boleh mencecah sehingga RM8000 mengikut jam pemanduan. Jika anda rajin, anda boleh menjana pendapatan lebih. Semuanya terletak atas usaha masing-masing dan dengan menjadi pemandu Uber, anda bebas mengatur masa sendiri untuk berkerja.

Artikel ini akan membincangkan 10 langkah untuk menjana pendapatan dengan menjadi pemandu Uber dengan lebih efisyen.

1. Mendaftar sebagai pemandu Uber

Muat turun aplikasi Uber pada telefon pintar melalui Google Play dan masukkan maklumat peribadi untuk mendaftar sebagai pemandu Uber. Pendaftaran hanya mengambil masa singkat dengan sedikit yuran pendaftaran dikenakan. Anda perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Uber seperti berusia 21 tahun ke atas, mempunyai lesen memandu penuh, kereta yang digunakan tidak boleh melebihi daripada 7 tahun, insurans kereta atas nama pemandu dan bebas daripada sebarang rekod jenayah. Permohonan akan dikaji dengan memeriksa latar belakang pemandu melalui maklumat peribadi yang disediakan. Pemeriksaan latar belakang bertujuan untuk memastikan keselamatan komuniti terjamin baik pemandu mahupun penumpang

2. Manfaatkan telefon pintar

Pemandu Uber wajib mempunyai telefon pintar kerana peta lokasi akan dihantar oleh Uber melalui Google Maps atau Waze. Selain itu, pemandu disarankan untuk menggunakan data tidak terhad bagi menjamin kelancaran setiap tugasan. Ini kerana penggunaan GPS menggunakan banyak data. Anda boleh online bila-bila masa yang anda suka untuk memulakan perjalanan. Tiada paksaan untuk anda memandu, semuanya bergantung kepada diri anda sendiri. Jadikan telefon pintar anda sebagai mesin untuk menjana wang dan bukannya digunakan untuk online benda tak berfaedah dan tidak memberikan langsung pulangan.

3. Gaji mingguan

Uniknya Uber berbanding dengan syarikat biasa adalah dengan memberi gaji mingguan kepada pemandu. Kini, anda tidak perlu lagi menunggu gaji bulanan untuk menyelesaikan semua bil-bil dan utiliti anda. Selain itu, Uber juga menyediakan penyata gaji kepada pemandu tidak kira samada mereka itu berkerja sepenuh masa mahupun separuh masa dengan Uber. Penyata gaji tersebut boleh digunakan untuk memohon pinjaman dari mana-mana bank. Purata gaji mingguan boleh mencecah daripada RM500-RM600 seminggu dan ia bergantung dengan masa pemanduan anda. Lebih banyak perjalanan yang anda lakukan, lebih banyak pendapatan yang bakal anda terima.

4. Rebut Semua Insentif

Uber menjanjikan banyak insentif yang berubah dari masa ke semasa dan memberikan anda bonus sekiranya berjaya “hit target.” Rebut semua insentif yang ditawarkan untuk menambah pendapatan selain daripada menjana pendapatan melalui pemanduan. Anda bebas untuk menentukan masa berkerja mengikut keselesaan anda.

5. Program Kenalkan Kawan

Setiap pemandu uber berpeluang untuk mendapat bonus RM300 sekiranya memperkenalkan kawan-kawan atau saudara mara untuk menjadi pemandu Uber. Namun, mereka perlu melengkapkan perjalanan yang telah ditetapkan oleh Uber sebelum bonus itu dikreditkan kepada pemandu uber.

6. Memandu ke Lapangan Terbang

KLIA merupakan tempat rebutan bagi pemandu Uber kerana tambang yang dikenakan lumayan iaitu sekitar RM75 bagi setiap perjalanan. Permintaan ke KLIA atau dari KLIA sangat tinggi kerana tambang yang dikenakan teksi biasa sangat mahal berbanding dengan menggunakan Uber. Namun, banyak persaingan di antara pemandu Uber kerana tambang yang mahal dan anda amat bernasib baik jika dapat mengambil penumpang di situ.

7. Pandu di kawasan hangat

Sebagai pemandu Uber yang bijak, anda perlu mengenalpasti kawasan popular yang mempunyai ramai permintaan. Fokuskan kawasan yang menjadi tumpuan pelancong asing seperti di KLCC, Hartamas, Mont Kiara, Ampang dan sebagainya untuk mendapatkan ramai penumpang. Pendapatan anda juga akan meningkat kerana potensi tinggi kawasan berkenaan yang dikunjungi oleh ramai pelancong-pelancong dari luar negara.

Perlu diingatkan, jumlah pendapatan anda bergantung kepada berapa banyak perjalanan yang anda telah lakukan. Anda perlu menyusun strategi untuk mencari lebih ramai penumpang. Namun, berhati-hati apabila mengambil penumpang di KLCC dan KL Sentral kerana ramai pemandu teksi biasa berada di situ. Anda harus bijak dan menelefon penumpang untuk berlagak menjadi kawan dan duduk di sebelah pemandu.
Sekiranya mempunyai masalah untuk mengambil penumpang, pastikan anda menghubungi penumpang dengan cara baik dan memujuk mereka untuk membatalkan tempahan. Ini kerana setiap permintaan wajib diterima dan mengelakkan daripada akaun digantung jika kerap menolak permintaan tersebut.

8. Pilih kawasan yang menjadi tumpuan “pick up.”

Pastikan anda membuat kaji selidik dan meneliti beberapa lokasi yang kerap mengambil atau menurunkan penumpang. Beberapa lokasi yang dikenalpasti menjadi tumpuan ramai iaitu di Petaling Jaya, Universiti Malaya, stesen LRT dan banyak lagi. Lokasi tersebut sangat popular kerana terletak di tengah-tengah bandar dan juga berdekatan dengan universiti. Tempat tersebut seharusnya dikunjungi bagi menambah pendapatan

9. Surge

Surge terjadi apabila permintaan melebihi daripada pemandu Uber. Ia berlaku apabila masa puncak dan tambang akan meningkat daripada tiga hingga empat kali ganda berbanding dengan waktu biasa. Pilih masa iaitu antara pukul 6 pagi hingga 10 pagi dan 4 petang hingga 8 malam (waktu berkerja) untuk mendapat pendapatan berlipat kali ganda. Kedua-dua masa itu merupakan masa paling sibuk dan kesesakan lalu lintas pasti berlaku. Jangan takut untuk memandu masa tersebut kerana risau akan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Ia merupakan waktu emas dan tidak harus dipersiakan begitu sahaja. Apa salahnya berkorban sedikit demi mendapatkan pendapatan berlipat kali ganda. Lagipun, pendapatan yang diterima boleh membayar semua perbelanjaan ketika memandu.

10. Penarafan Bintang

Melalui sistem Uber, ia bukan sahaja menawarkan komunikasi dua hala antara pemandu dengan penumpang malah memberikan peluang untuk membuat penilaian antara satu sama lain. Pemandu harus mendapatkan 4.3 bintang ke atas untuk layak mendapat insentif mingguan. Oleh itu, pemandu harus berusaha untuk menambat hati penumpang agar mereka memberikan 5 bintang. Anda boleh cuba beramah-tamah, melemparkan senyuman, membantu mereka mengangkat barang, memberikan air mineral kepada mereka dan menyelesaikan masalah dengan baik ketika dalam pemanduan. Insentif tidak harus dipandang enteng kerana ia merupakan pendapatan tambahan selain daripada memandu penumpang ke lokasi yang diminta. Akaun pemandu Uber bakal digantung sekiranya kerap menerima penilaian yang rendah. Oleh itu, memberikan perkhidmatan terbaik kepada penumpang merupakan perkara penting dan tidak harus dipandang sebelah mata.

Secara kesimpulannya, kemelesetan ekonomi pada hari ini banyak memberi kesan kepada masyarakat terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah dan penduduk di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur, Penang dan sebagainya. Namun, ia bukanlah menjadi alasan untuk tidak mencuba perkara baru bagi mendapatkan pendapatan sambilan. Kehadiran Uber bukan sahaja menyelesaikan masalah masyarakat yang tidak tahan dengan karenah pemandu teksi malah ia membuka pintu rezeki kepada ramai orang tidak kira latar belakang dan juga umur. Pemandu Uber harus memanfaatkan kesempatan yang anda untuk menjana lebih pendapatan dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada penumpang. Ini kerana, layanan kepada penumpang akan dinilai dan diberi bintang. Jika gagal mengekalkan bintang yang diperlukan oleh Uber akan menyebabkan akaun anda bakal digantung. Oleh itu, berkerja dengan ikhlas dan betulkan niat berkerja, pasti anda akan menikmati kemanisan pekerjaan tersebut tidak kira apapun pekerjaan itu. Semoga berjaya dengan Uber!